Jan 01 2008

WELCOME (Selamat Datang)!!

Published by admin under Welcome Page

This is the official website for Kelab Dewan Malaysia Melbourne (KDMM)! We are a group of friendly, active and dynamic students live in Malaysia Hall Melbourne. You can find some useful information from our website such as how to apply accomodation in Malaysia Hall, future and previous events organized by us, advisory from MSD, halal guide, useful contact numbers, and other information.

Please email me, the moderator of the site (admin@kdmm.org.au) for any suggestions and comments. :-)  

Comments Off

Aug 13 2008

KULIAH AGAMA MINGGUAN KINI KEMBALI! :)

Published by admin under Uncategorized

Assalamualaikum warahmatullah…

Apa khabar semua? Kelas mingguan kita akan bersambung kembali mulai minggu ini (13 Ogos 2008). Dalam siri baru semester 2 2008 ini, insyaAllah, kita akan membincangkan persiapan-persiapan dalam menghadapi bulan suci Ramadhan 1429!

Masa: 7.30pm (Selepas Solat Isya’)
Hari : Setiap Rabu (bermula 13/08/08)
Tempat : Bouverie temporary praying hall

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Brothers: Bro Salami (0433443397)
Sisters: Sis Fathiah (0406613652)


Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Kepimpinan
Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan, EHSAN Victoria
 
Sedar tak sedar, Ramadhan bakal menjelma dalam masa lebih kurang 2 minggu saja lagi..”Allahumma ballighna ramadhan (Ya Allah, sampaikan kami (untuk bertemu) ramadhan)”

No responses yet

Aug 07 2008

THE BIG BBQ!

Published by admin under Event

Comments Off

Jul 29 2008

SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ 1429 HIJRAH

Published by admin under Event

Dengan segala sukacitanya, Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan (EHSAN) dengan kerjasama Kelab Dewan Malaysia Melbourne (KDMM), Federation of Australian Muslim Students and Youth (FAMSY), Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM), Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA), Victoria Malaysians Post Graduate Association (VMPGA), Petronas Victoria (PETROVIC), dan Jabatan Penuntut Malaysia Australia, Melbourne (JPMA)  ingin menjemput anda semua yang tinggal di sekitar Melbourne untuk bersama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Isra’ Mikraj 1429 Hijrah.

Tempat : Dewan Malaysia Melbourne

Tarikh : 2 Ogos 2008

Masa : 10am - 2pm

Antara program yang menarik adalah tayangan video dan juga forum terbuka yang panelnya terdiri daripada presiden kelab-kelab dan persatuan di Melbourne. Ini adalah buat kali pertamanya forum sebegini diadakan. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikannya.

Makan tengah hari akan disediakan. 

Diharap kehadiran anda semua dapat menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini. 

Sumbangan berbentuk juadah (pot luck) juga adalah dialu-alukan untuk dinikmati bersama semasa makan tengah hari pada hari tersebut.

Comments Off

Jul 06 2008

JEJAK ILMIAH VICTORIA 2008

Published by admin under Event

For online registration, please go to this link: www.kdmm.org.au/ehsan

Please register before Wednesday, 9th July 2008 @ 5.00 pm

You can also download the form, fill it, and email it back to our contacts as listed above:

1. http://www.kdmm.org.au/ehsan/Jejak_ilmiah_form.doc

2. http://www.kdmm.org.au/ehsan/Jejak_ilmiah_form.pdf

Course OutlinesPengenalan Ilmu Syariah Islamiyyah (oleh Ustazah Syaripah Nazirah @ 9.00am-10.30am)

  • Pengenalan ilmu syariah dan perbezaan di antara ilmu syariah, ilmu fiqh dan usul fiqh
  • Memahami fiqh islamiah: menelusuri sumber hukum Ilahi
  • Ilmu usul fiqh: kaedah mendapatkan dan memahami hukum syariah
  • Perbezaan mazhab: antara kesinambungan dan ikhtilaf
  • Penghayatan syariah islamiyyah dalam kehidupan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara: Isu-isu perbincangan

Al-Quran dan Tajwid (oleh Ustaz Khairul @ 10.30pm -12.00pm)

  • Pengenalan Ulumul Quran
  • Hukum-hukum tajwid seperti hukum mad, sifat-sifat huruf, dan makhraj huruf.
  • Rasm (penulisan) Al-Quran
  • Tanda-tanda di dalam Al-Quran

Sirah (oleh Ustaz Nushi @ 2.00pm-3.30 pm)

  • Pendahuluan dan kehidupan sebelum diutus sebagai Rasul
  • Permulaan wahyu sehingga hijrah ke Madinah
  • Hijrah sehingga Nabi stabil di Madinah
  • Peperangan Rasul S.A.W
  • Selepas pembukaan Makkah sehingga kewafatan Rasul S.A.W.

Akhlak (oleh Ustaz Haznizul @ 3.30 pm -5.00 pm)

  • Mengupas buku Tazkiyah An-nafs (konsep-konsep penyucian Jiwa) oleh Said Hawa, yang asalnya terpadu dalam Ihya’ Ulumuddin Imam Al-Ghazali.
  • Tazkiyatun Nafs yang disusun oleh Said Hawa ini membincangkan hal-hal berkaitan pembersihan jiwa yang telah diadaptasi daripada hasil karya agung imam Al- Ghazali; kitab Ihya Ulumuddin, dan disesuaikan dengan konteks semasa.
  • Dalam Jejak ilmiah kali ini, kita akan cuba mengambil beberapa pengajaran daripada kitab tersebut yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai perantau di negeri orang.

Comments Off

Jun 24 2008

Meeting with Malaysian Delegation

Published by admin under Event

Dear All,

I am taking this opportunity to remind you that the meeting with Ministry of Higher Education delegates is on tomorrow at Malaysia Hall Melbourne around 7.30 pm. I am attaching the final program for your reference.

Thank you in advance for all your cooperation.  

Dr. Mohamed Ali Abdul Rahman

Education Attache’

Malaysian Students Department Australia

Melbourne

Tel: +613 95294507

Fax: +613 95294509

Comments Off

Jun 11 2008

MOUNT BULLER SKI TRIP

Published by admin under Announcement

Comments Off

May 22 2008

INVITATION TO MALAYSIA HALL FOR SOLAT HAJAT

Published by admin under Announcement

Salam and hello everyone!

As we all know, our exams are just around the corner. At these times we often turn to God for guidance and peace. It is with this in mind that we would like to invite everyone to a communal “Solat Hajat”, organized by Petrovic, EHSAN (Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan), Malaysian Student Department Australia (MSDA) and KDMM (Kelab Dewan Malaysia Melbourne). Details are as below.

Date : Saturday, 24th May 2008

Time : 6.50 -9.00 pm (we will pray Isya` together at 7.10pm)

Venue : Malaysian Hall, K4 High Street, Windsor, Victoria

This event is open to all Malaysian students. Light refreshments will be served, but as always, we more than welcome pot luck from all you kind hearted souls out there. May this event be well attended and good luck to everyone for exams. We would appreciate if representatives of other clubs could please forward this information to their members.

Thank you.

Khaidatul Nisa Mohamed Zabidi

Petrovic Secretary 2008

Email: aida.zabidi@petronasvictoria club.org

PETRONAS Victoria Club (PETROVIC)

Web : www.petronasvictori aclub.org

Club Email : info@petronasvictor iaclub.org

Comments Off

Apr 09 2008

JEMPUTAN MENGHADIRI “PERTEMUAN RAMAH MESRA DAN TAZKIRAH BERSAMA SDR YUSRI MOHAMAD, PRESIDEN ABIM”

Published by admin under Uncategorized

Saya bagi pihak Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan (EHSAN), Victoria, Komuniti Malaysia Kg.Victoria, Australia, Kelab Dewan Malaysia Melbourne (KDMM), Victoria Malaysian Post Graduates Association (VMPGA) dan Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV) berasa sukacita menjemput tuan/puan/saudara/ saudari ke Majlis Pertemuan Ramah Mesra dan Tazkirah Bersama Sdr Yusri Mohammad, Presiden ABIM, yang akan diadakan sebagaimana berikut:

        Tarikh: 12 April 2008 (Sabtu)
        Tempat : Dewan Malaysia Melbourne
        Masa: 7.00 - 9.00 malam (Solat Insyak bersama).

Sdr Yusri kini di dalam rangka lawatan memenuhi jemputan Kedutaan Australia Malaysia bagi menyertai program Australian Goverment’s Special Visits Program (SVP). Di dalam siri lawatan ini, Sdr Yusri akan mengadakan kunjungan hormat ke beberapa agensi kerajaan Australia, institusi dan NGO bermula dari Sydney, Canberra, Hobart dan Melbourne.

Di dalam surat makluman yang yang dikirimkan, Sdr Yusri telah menyatakan kesudian beliau dari kesempatan  kunjungan pertama beliau ke Melbourne pada 11 dan 12 April 2008, untuk mengadakan pertemuan ramah mesra dengan komuniti masyarakat Muslimin Melayu di Melbourne.

Bersempena dengan pertemuan ini, Sdr Yusri dijemput menyampaikan Tazkirah pendek bertajuk:
`Ciri-Ciri Muslim Sejati dan Cabaran Masa Kini“.

Satu jamuan makan malam ringan secara “sumbangan beramai-ramai” akan diadakan selepas tazkirah tersebut.

Berikut ialah aturcara lengkap program seperti berikut:

7.00 pm  -   Masyarakat Muslimin berkumpul
7.30 pm   -  Solat Insyak berjamaah
7.45 pm    - Tazkirah
8.15 pm    - Jamuan Ringan dan Ramah Mesra
8.45 pm    - Sesi bergambar dan mengemas dewan
9.00 pm    - Bersurai

Saya berkeyakinan kehadiran tuan/puan/saudara/ saudari tidak sahaja akan memeriahkan majlis pertemuan ini, malah akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim antara sesama masyarakat Muslimin yang berada di Melbourne dari kalangan pelajar dan masyarakat setempat.

Saya berharap maklumat ini boleh dihebahkan ke rangkaian maklumat yang tuan/puan/saudara/ saudari miliki. Sumbangan kuih muih untuk acara ini amatlah dialukan.

Sebarang maklumbalas kehadiran bolehlah menghubungi saya menerusi email m.razak@yahoo. com atau melawat laman web EHSAN: ehsanvictoria. blogspot. com

Sekian dulu, wassalam.

Yang benar,
MUHAMAD RAZAK IDRIS
Pengerusi EHSAN

Comments Off

Mar 25 2008

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah

Published by admin under Event

Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan (EHSAN) dengan kerjasama Kelab Dewan Malaysia Melbourne (KDMM), Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM), Victoria Malaysians Post Graduate Association (VMPGA), Persatuan Pelajar Petronas Victoria (PETROVIC), dan Jabatan Penuntut Malaysia Australia, Melbourne (JPMA)  ingin menjemput anda semua yang tinggal di sekitar Melbourne untuk bersama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah.

Tempat : Dewan Malaysia Melbourne
Tarikh : 6 April 2008 (Ahad)
Masa : 9:30 am – 12.00 pm 

(Jangan lupa membetulkan jam anda sempena berakhirnya ‘daylight saving’. Sebelum masuk tidur pada hari Sabtu [5 April 2008] pastikan anda sudah mengubah jam anda 1jam lebih awal. Ini adalah kerana pada pukul 3.00 am [6 April 2008], masa akan berubah kepada pukul 2.00 am. Sila rujuk: http://www.vic.gov.au/VictoriaOnline?action=content&id=4388&image_id=371&pageTitle=Daylight+Saving+Dates untuk panduan.)

Tentatif Program :
9:30 am:        Ketibaan para jemputan dan tetamu kehormat
10:00 am:      Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis
10:05 am:      Bacaan Al-Quran oleh Qari jemputan
10:15 am:      Ucapan aluan daripada Atase Pendidikan JPMA Melbourne dan seterusnya merasmikan pelancaran e-Nurani.
10:30 am:      Ceramah Maulidur Rasul oleh Nuim Mahmud Khaiyath.

Beliau merupakan seorang tokoh Indonesia yang terkenal yang telah memulakan kareernya di bidang jurnalistik pada tahun 1964 di BBC yang berpusat di London. Kini, sejak dari tahun 1998, beliau menjadi ketua siaran bahasa Indonesia di Radio Australia. Pengetahuannya yang luas membuatkan beliau sangat popular di kalangan pendengar radio tersebut, sehingga ia mendapat jolokan “Kamus Berjalan”.
11:30 am:      Persembahan Nasyid

11.45 pm:      Selawat beramai-ramai

12:00 pm:      Jamuan

Selain itu, jualan amal penanda buku, kalendar, poster, dan sebagainya juga akan diadakan bagi mengisi tabung Kelas Agama Mingguan EHSAN dan aktiviti keagamaan yang lain.

Diharap kehadiran anda semua dapat menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini. Sumbangan berbentuk ‘Potluck’ atau juadah juga adalah dialu-alukan untuk dinikmati bersama.

Comments Off

Next »